Cikgu Zul dalam Program 3P MARA Negeri Johor - sesi keempat

Cikgu Zul dalam Program 3P MARA Negeri Johor bersama-sama pelajar SPM SMK (FELDA) Kahang Timur, Kluang untuk sesi keempat pada 3 Ogos 2008 - Pecutan Terakhir.

Sesi ini kemudiannya diakhiri dengan peluang-peluang pendidikan tinggi bersama MARA.

99 hari untuk melangkah ke gerbang pendidikan tinggi.

99 hari lagi untuk bergelar pelajar sekolah menengah dan menyusuri kehidupan sebagai mahasiswa dan mahasiswi...Anda sangat hampir untuk berada di menara gading.

99 hari untuk anda berikan tumpuan sepenuhnya bagi menhghadapi SPM 2008.

Lakukan apa yang mesti anda lakukan.

Lakukan ketika ianya patut dilakukan.

Lakukan samada anda suka atau pun tidak.

Paksa diri anda untuk melakukannya.

Ramai manusia gagal sebab mereka tidak melakukan apa yang mesti mereka lakukan, tidak melakukan ketika ianya patut dilakukan, tidak melakukannya sebab mereka tidak ada mood untuk melakukannya.

99 hari untuk anda menumpukan masa dan tenaga anda untuk cemerlang dalam SPM 2008.

Dan anda tahu, sebagai sekolah angkat MARA dalam program ini, peluang anda jauh lebih terbuka.

Rebut peluang ini!

Selamat Maju Jaya.