Cikgu Zul dalam Motivasi Perdana Program Elit SAMTTAR, Banting, Kelang

Cikgu Zul bersama-sama pelajar, guru dan ibu bapa Program Elit PMR dan SPM di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah, Banting, Kelang pada 08.08.08. Majlis solat hajat turut diadakan.

Terima kasih kepada Tuan Pengetua, GPK, guru-guru, ibu bapa, pelajar dan AJK Program Elit terutamanya Pn Khamisah Jauhar.

Tuan Hj Mohd Zaki Rajikin, Pengetua SAMTTAR mengingatkan pelajar bahawa mereka umpama pendaki yang kini hampir sampai ke puncak gunung. Berada di puncak akan memberi kepuasan selepas berhempas pulas untuk berada di sana.

Harapan ayahanda, bonda dan guru...kecemerlangan. Bermula dengan NIAT untuk cemerlang...diikuti dengan pesanan setiap hari...Jadilah anak paling soleh...belajar rajin-rajin...semoga mendapat semua 'A' . Pesan-pesan juga kepada anak-anak untuk berwuduk semasa hendak ke sekolah, semasa mengulangkaji, semasa mengambil peperiksaan...semoga usaha lebih berkat...

Seruan "Marilah Menuju Kejayaan" yang berkumandang 10 kali dalam azan dan 5 kali dalam iqamah menjadi pendorong dan peringatan kepada setiap diri untuk menjadi seorang pelajar yang bukan sembarangan pelajar, seorang guru yang bukan sembarangan guru, seorang ibu yang bukan sembarangan ibu, seorang ayah yang bukan sembarangan ayah dan seorang insan yang bukan sembarangan insan.

Seruan kejayaan sebanyak 15 kali sehari, 450 sebulan dan 5,400 kali setahun wajib disambut untuk melonjakkan diri ke arah kejayaan di dunia dan di akhirat.

Harapan tinggi seorang ibu terhadap anak yang dikasihi.

Hero mesti menang!

Lirik :Jasa Bonda ( dan Ayahanda...) : Kumpulan Warisan

JASA BONDA

 

Kau dibuai mimpi dia jaga

Kau bersenang dia berkerja

Untukmu tiada terbatas

Memberi tak minta dibalas

 Tetap hadir memberi sokongan kepada anakanda tersayang

walaupun terpaksa membawa anak-anak kecil...jasa bonda.

 

Ingin dibinanya untukmu

Kehidupan yang sempurna

Punya kekuatan jiwa punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur

Menegur sebelum terlanjur

Itulah yang diwarisi

Pesan ibu terpahat dihati

Beringat-ingatlah berpesan-pesan

Untuk kebaikan

Marah bukan kebencian

Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa

Berjiwa merdeka

Sedang dia semakin tua

Membilang usia

 

Disaat kau berjaya

Dia tiada berdaya

Semoga kau tak lupa

Jasa bonda

 

Warisan.