Cikgu Zul Bersama FELDA Wilayah Trolak

Cikgu Zul dalam Program Kecemerlangan PMR untuk pelajar-pelajar PMR daripada 21 Rancangan FELDA Wilayah Trolak yang di adakan di SMK Trolak pada 16 Ogos 2008. Rancangan FELDA Wilayah Trolak meliputi 17 FELDA di Perak dan 4 FELDA di Selangor.

Program anjuran FELDA Wilayah Trolak pada 16 dan 17 Ogos ini turut menyediakan sesi panduan menjawab mengikut subjek utama PMR yang dikendalikan oleh guru-guru pakar subjek.

Semoga pelajar yang terpilih daripada 21 Rancangan FELDA ini mencipta kecemerlangan dalam PMR seterusnya bersedia menyambut peluang-peluang yang disediakan FELDA dalam bidang pendidikan.

Pn Ainon Ali yang menyelaras Program Kecemerlangan PMR FELDA Wilayah Trolak mengingatkan pelajar akan harapan dan tanggungjawab yang diletakkan kepada mereka oleh ibu bapa, guru dan FELDA.

"It is never too late to study. It is good to start early. The best time is NOW"

Comments

hye....

hye....