Cikgu Zul di SMKA Baling, Baling, Kedah

19-20 Oktober 2008: Program Pintar Sime Darby untuk calon PMR 2009

Persediaan PMR 2009 untuk pelajar-pelajar Tingkatan 2, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling, Kedah. Program diadakan menjelang cuti semester dengan harapan pelajar akan memanfaatkan cuti tersebut sepenuhnya dalam menghadapi peperiksaan PMR 2009. Persediaan diri yang baik akan membolehkan pelajar memasuki tingkatan 3 dengan lebih yakin. Harus diingatkankan bahawa cuti semester ini adalah cuti paling panjang yang akan mereka jumpa sebelum PMR 2009.

 

Plan Your Work. Work Your Plan.

 

Semoga impian mendapat 9A menjadi kenyataan.

21-22 Oktober 2009: Program Pintar Sime Darby untuk calon SPM 2009

SPM dianggap sebagai peperiksaan paling penting dalam penentuan hala tuju pelajar selepas ini. Keputusan peperiksaan SPM banyak menentukan aliran pelajar selepas itu. Kemasukan ke IPTA, IPTS dan tingkatan enam secara keseluruhannya ditentukan berasaskan keputusan peperiksaan anda.

Bertindaklah dengan bijak dengan merangka strategi untuk kejayaan anda. Rancanglah cuti semester yang panjang yang bakal tiba ke arah kecemerlangan SPM 2009.

Bersedialah awal. Anda mempunyai 12 bulan untuk merancang kejayaan anda dalam SPM 2009 dengan izin-Nya.

Najihah menyambut cabaran!

Alif tidak mahu ketinggalan...pantang dicabar!

Semoga cemerlang dengan semua 12 1A. Anda boleh jika anda mahu...jika anda tahu caranya....dan jika anda mulakan usaha-usaha untuk melakukannya.

Kecemerlangan dicipta oleh manusia biasa yang berusaha secara luar biasa.

Banjir kilat di Baling

Hujan yang sangat lebat pada petang Ahad 19 Oktober mengakibatkan banjir kilat di Baling.

Banjir kilat di antara SMKA Baling di Pulai dan pekan Baling.

Comments

mencari guru bernama norizan

assalamualaikum.....
saya nak tanya,ada tak staff guru wanita yang bernama NORIZAN???...kalau ada e-mail saya ok???harap cikgu dapat membantu....

kebagusan

cikgu sememangnya bagus