Cikgu Zul di MRSM Beseri, Perlis bersama calon PMR 2010 pada 16 dan 17 Januari 2009.
Bermula dengan matlamat:
Matlamat akan dicapai sekiranya kita berusaha melaksanakan apa yang ingin kita capai. Rancang kerja anda dan kerjakan rancangan anda. Anda ada 22 bulan sebelum PMR 2010. Cukup masa untuk menjadikan impian satu kenyataan.

Ingat...BE SMART!
Selalu berfikir tentangnya
Beria-ia dan bersemangat ke arahnya, menyedari ada banyak dugaan dan halangan dan pengorbanan dalam mencapainya, yang perlu diharungi.

Buat keputusan positif untuk mengalirkan masa, tenaga dan usaha untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

Mulakan dan mulakan segera.

Insan cemerlang tidak bertangguh terutama untuk sesuatu yang mereka tahu kepentingannya untuk diri mereka.

Para bijak pandai berkata, "Manusia tidak gagal sebab mereka inginkan kegagalan. Mereka gagal sebab mereka gagal melaksanakan apa yang mereka bercadang ingin lakukan."

Ingat kisah burung yang bercadang meninggalkan dahan pokok yang rendang itu?

Sudah terlaksana apa yang dicadang semasa kita berseminar?
Sebelum guru meninggalkan kelas: Ucapkan terima kasih, minta halalkan ilmu, minta maaf di atas kesilapan dan minta didoakan kejayaan untuk kita.

Study is business...

Study is a game.

Study is an ibadah. Ia penuh keberkatan.
Anda perlu berkorban untuk mencapainya.

Semoga kita semua berbahagia dan berjaya di dunia dan di akhirat.
Comments
bestnye
cikgy zul,nie huzaifah....
TQ,sbb dah naekn smangat sya utk berjaya...
sya doakn cikgu bahgia d'dunya n akhirat....
slamat mju jya...bye
Good Luck!
Selamat maju jaya untuk semua! Huzaifah, mudah-mudah semangat dapat ditingkatkan lagi. Semoga cemerlang!
Semoga anak2 didik
Semoga anak2 didik manfaatkan apa yang Cikgu Zul perturunkan ilmunya...
insyaallah
saya akan memanfaatkan ilmu yg cikgu turunkan....
Mudah-mudahan
Terima kasih. Untuk Cikgu Sonata juga.
terima kasih
TERIMA KASIH CIKGU... HALALKAN ILMU CIKGU..DOAKAN KAMI CIKGU...MAAFKAN KAMI CIKGU...
Cemerlang hendaknya
Sama-sama Azam, dihalalkan Azam, dimaafkan Azam dan didoakan Azam dan rakan-rakan sentiasa cemerlang.