Petua Pelajar Cemerlang Cikgu Nik Zulina

Dikongsi oleh Cikgu Nik Zulina ( dan ditambah sedikit oleh Cikgu Zul ):

1. Mulakan harimu dengan membaca Al Quran setiap pagi setelah Solat Subuh dan Berdoa.

2. Sentiasa mengekalkan dan menyegerakan Solat fardhu lima waktu
 
3. Mohon keselamatan dari Allah untuk setiap hari yang baru.

4. Meninggalkan perbuatan mungkar supaya mudah mengingati ilmu kerana perbuatan mungkar boleh mengurangkan daya ingatan pelajar dan keberkatan ilmu.

5. Makan makanan yang halal dan berkhasiat untuk kecerdasan minda dan fizikal.

6. Sentiasa memohon kemaafan daripada kedua ibu bapa dan guru untuk keberkatan ilmu.

7. Sentiasa bersedekah samada wang, tenaga dan akal fikiran (the more you give, the more you get).

8. Membuat nota ringkas untuk mudah dibaca.

9. Membaca dan menelaah buku dan nota-nota tanpa jemu.

10. Sentiasa solat hajat dan bersyukur dengan nikmat Allah.
 
11. Berusahalah mengekalkan wuduk semasa belajar, mengulangkaji dan ketika mengambil peperiksaan.
 
12. Belajar sambil menghadap ke arah Qiblat dan berniat belajar kerana Allah.
 
13. Membayangkan saat manis mencapai kecemerlangan.