CUTI SEKOLAH DAN MUSIM KEMASUKAN KE UNIVERSITI

Bulan Mei dan Jun adalah bulan-bulan yang sibuk untuk pengambilan pelajar IPTA dan IPTS.

Kemasukan abang dan kakak pasti akan menjadi pendorong kepada adik-adik untuk mengikuti langkah cemerlang ini. Berkat usaha dan doa. Tulislah surat kepada adik-adik di sekolah lama anda untuk memberi motivasi dan dorongan kepada mereka. Hantarkan juga kad ucapan terima kasih kepada guru-guru anda yang tidak jemu memberi bimbingan kepada anak didiknya.

Cuti sekolah tiba lagi!

Semoga para pelajar memanfaatkan cuti sekolah ini untuk persediaan menghadapi peperiksaan terutama untuk calon SPM, PMR dan UPSR..

Pelbagai aktiviti tentunya dirancang oleh pihak sekolah, ibu bapa dan pelajar untuk meningkatkan prestasi.

Cikgu Zul mencadangkan link SPEED READING sebagai salah satu aktiviti semasa cuti ini. Ia sebenarnya sesuai untuk semua peringkat termasuklah pelajar universiti, apalagi sekarang juga adalah musim kemasukan ke universiti.

 

Kelas-kelas tambahan juga rancak diadakan di sekolah-sekolah untuk membantu pelajar.

Sesi motivasi bersama calon UPSR Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 1.

En Sabli, Kaunselor Pelajar SKDD1 bersama-sama guru-guru bertungkus lumus membantu pelajar untuk menjadikan impian satu kenyataan. Semoga berjaya.

 

Comments

apa khabar..

salam c.zul, apa khabar? nampaknya saya sudah lama kita tidak bersua muka, saya c.farid, last sekali saya jadik pembantu c.zul dalam smartlearning di muar pada tahun 1995, bersama 2 orang kawan lagi iaitu isa (Cikgu MRSM B.Pahat) dan farik zainal (Kerani LHDN Muar). masa tu c.zul dalam lingkungan umur belia dalam 35-38 tahun, saya sekarang bertugas di n.sembilan sebagai guru SMK dalam felda, menetap untuk tahun yang ke 7, akhir tahun lepas saya menghadiri mini konvokesyen adik saya di MRSM alor gajah, apa yang menarik ialah kawan c.zul iaitu c.arsyad menjadi pengetua di sana dan baru dinaikkan pangkat oleh mara menjawat jawatan tinggi di institusi pelajaran mara, saya minat betul dengan rambut putih semulajadi beliau. terima kasih atas nasihat dan tunjuk ajar c.zul, saya doakan semoga Allah murahkan rezeki c.zul hingga ke akhir hayat.

Salam Cikgu Farid

Terima kasih di atas ingatan. Semoga menjadi seorang guru yang bukan sembarangan guru!

hai..

saya pelajar MRSM TRANSKRIAN

terima kasih atas segala ilmu yang cikgu dah bagi...