( Pengasas Bersama SMARTLEARNING Associates )

Graduan di dalam bidang kimia dan biologi ini adalah bekas tenaga akademik di Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau, Pulau Pinang sehingga tahun 1991. Beliau kini adalah perunding sepenuh masa SMARTLEARNING Associates (M) Sdn. Bhd. dan telah mengendalikan seminar kepada lebih 40,000 peserta di seluruh negara.
Beliau terlatih mengendalikan:
Anak kelahiran Johor Bahru ini adalah Penyelaras dan Ketua Fasilitator bagi Kem Bina Insan MRSM SeMalaysia yang diadakan di MRSM Pulau Pinang dari tahun 1987 hingga 1991.
Selain MRSM, Sekolah Menengah Sains, Maahad dan Sekolah Menengah Teknik, beliau pernah terlibat mengendalikan program anjuran Maktab Tentera DiRaja (Putera), Kolej Melayu Kuala Kangsar, Kolej MARA, Kolej Profesional MARA, Kolej Kejururawatan Melaka, Kolej Kurniawan, USM Pulau Pinang, USM Kubang Kerian, USM Tronoh, Pusat Asasi Sains UM, ASMUM Universiti Malaya,Matrik USM, Matrik UKM, Matrik UUM, Matrik UMS, matrik UPM, KPUTM, Universiti Teknologi MARA (UiTM ) Sarawak,UiTM Segamat, Pejabat Pendidikan Muar,Pusat Bina Ilmu Pulau Pinang, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, RTM Pulau Pinang, Jabatan Penerangan Kedah, Persatuan Alumni Doktor USM (PADU), BTN, GPMS, PERDA, KEDA, LKIM, BAKA, INTEL, PIONEER, BAKAT, Bank Rakyat, Bank Negara Malaysia, MARA Negeri Johor, Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor, Yayasan Gerik, Yayasan Sabah, Yayasan Sarawak, PLUS, Sime Darby dll.
Beliau juga adalah Regional Manager ( Training ) bagi FSBM ( formerly known as Fujitsu System Business Malaysia ) di Cyberjaya 2003 – 2007 yang terlibat dalam mengendalikan Program Bimbingan Perguruan Profesional dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( BPPT ) bersama Prestariang Technology Sdb Bhd untuk guru-guru Kementerian Pelajaran Malaysia.
Zulkifli turut terlibat menjadi AJK Fasilitator Konvensyen Kebangsaan Guru Dalam ICT 2006 di PWTC Kuala Lumpur.
Cikgu Zul juga adalah pengendali seminar SMART LEARNING untuk Program Pintar Sime Darby bagi sekolah-sekolah angkat Sime Darby.
Zulkifli bin Kassim adalah penerima Anugerah Khidmat Cemerlang Kakitangan MARA Peringkat Kebangsaan Tahun 1988
Recent comments
2 days 9 hours ago
1 week 6 days ago
2 weeks 6 days ago
3 weeks 17 hours ago
4 weeks 6 days ago
5 weeks 5 days ago
6 weeks 2 days ago
6 weeks 2 days ago
7 weeks 7 hours ago
7 weeks 2 days ago