SIMULASI PEPERIKSAAN - 2009 : Mesej GuruNet Admin

 

 

Mesej daripada GuruNet Admin

SIMULASI PEPERIKSAAN - 2009 (UPSR, PMR dan SPM)
Mencabar Mental, Menguji Tahap Persediaan, Menilai Keupayaan dan Kelemahan Diri

Sila ambil perhatian bahawa Bahagian Pendidikan BERITA HARIAN akan menganjurkan
satu program akademik iaitu SIMULASI PEPERIKSAAN PMR DAN SPM 2009 pada

PMR: 15,22 dan 29hb Ogos, 2009 ( Sabtu )

SPM: 03,10 dan 17hb Oct 2009    ( Sabtu )
 
Program ini merupakan peperiksaan secara 'ONLINE' dan akan dijalankan
secara serentak di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Setiap pelajar ( calon PMR dan SPM 2009 ) dikenakan yuran pendaftaran
sebanyak RM 10.00 seorang.
 
Badan Kebajikan spt. PUSPANITA boleh membuat pendaftaran secara berkumpulan.
Cek bayaran hendaklah dibuat atas nama BERITA HARIAN dan dihantar ke
alamat di bawah :
 
Pengurus Pengedaran ( Pentadbiran )
The New Straits Times Press ( M ) Berhad
Balai Berita , 31 Jalan Riong Bangsar
59100 Kuala Lumpur.
 
Sebarang pertanyaan , sila hubungi :
 
Unit Langganan : 03-2056 9590 /9598
 
atau
 
En Zainor      ( HP :019-2676267 )
En Sabri        ( HP:019-3376560  )
En Hamiddin ( HP:017-3695058  )
En Azmi        ( HP : 019-3219974 )

 

Bahang peperiksaan  2009 sudah mula dirasai.

 
Pada masa ini para ibu bapa tentu sibuk menghantar anak masing-masing mengikuti pelbagai program. Semuanya ini dilakukan dengan matlamat untuk memastikan anak masing-masing sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan kelak dan seterusnya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan itu.
 
Bagi membantu calon-calon merasai sendiri suasana di dalam dewan peperiksaan di samping menilai tahap persediaan masing-masing, Berita Harian melalui guru.net.my  telah melancarkan satu program yang dinamakan Simulasi Peperiksaan - 2009. Program ini ialah satu pertandingan peperiksaan maya yang akan diadakan secara serentak di seluruh Negara.
 
Melalui program ini, calon akan berasa seolah-olah berada di dalam dewan peperiksaan yang sebenar dengan suasana ketepatan masa, disiplin peperiksaan dan sebagainya. Pengalaman kami menunjukkan program seperti ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan bukan sahaja daripada calon-calon peperiskaan, tetapi juga para ibu bapa yang ingin melihat anak mereka berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan.
 
Kami yakin pada hari Simulasi Peperiksaan itu diadakan, hampir semua pusat kafe siber yang menawarkan pelbagai pakej yang menarik akan ditempah oleh calon-calon yang akan menyertai program ini. Bagi mereka yang ada di komputer dan akses internet di rumah, keadaan yang sama juga turut berlaku.
 
Namun, keadaan di sekolah agak berbeza. Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah (PIBG) dengan sokongan pentadbiran sekolah mahu menguji persediaan dan keupayaan diri masing-masing untuk menghadapi peperiksaan sebenar mereka dapat mengenal pasti kelemahan diri, mereka dapat meningkatkan pengetahuan disamping mendapatkan bimbingan guru. Apa yang menariknya, pertandingan maya simulasi peperiksaan ini berjalan serentak di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak pada masa yang sama.
 
Bagi menggalakkan pelajar menyertai simulasi peperiksaan ini, Berita Harian menawarkan insentif yang menarik berupa sebuah komputer untuk pelajar yang mendapat markah tertinggi dalam pertandingan maya ini. Selain itu hadiah wang tunai turut disediakan untuk 100 pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang. Nama-nama pelajar yang berjaya ini akan disiarkan dalam akhbar Berita Harian. Bayangkanlah betapa bangganya pelajar-pelajar itu dan juga ibu bapa mereka apabila melihat nama mereka disenaraikan sebagai "100 Pelajar Cemerlang " dalam surat khabar arus perdana yang diedarkan di seluruh negara. Suasana ini sudah pasti akan terus membakar semangat mereka untuk terus membuktikan keunggulan dan kecemerlangan mereka semasa peperiksaan sebenar kelak
 
Bagi pelajar yang kurang berjaya, mereka dapat menilai dan mengetahui kekuatan dan kelemahan yang perlu diperbaiki dalam sesuatu topik dan seterusnya mengatur strategi baru dengan membuat ulang kaji menggunakan kaedah latih tubi maya yang disediakan guru.net.my dengan memberi keutamaan kepada aspek-aspek pembelajaran yang mereka masih lemah seperti yang dipaparkan dalam kad laporan maya iaitu, e-Kad Laporan.
 
Inilah impak yang paling positif kepada pelajar-pelajar yang menyertai program Pertandingan Maya Simulasi Peperiksaan anjuran Berita Harian melalui guru.net.my pada 18 dan                       25 hb Julai 2009 nanti.
 
Program Pertandingan Maya Simulasi Peperiksaan UPSR ditawarkan secara PERCUMA kepada semua ahli guru.net.my. Anda boleh menjadi ahli dengan melanggan portal guru.net.my selama setahun. Sila layari laman web www.guru.net.my untuk keterangan lanjut.
 
Jangan lepaskan peluang terhebat ini. Daftarlah sebagai ahli guru.net.my sekarang. Layari laman web guru.net.my untuk pendaftaran secara ‘online’ mulai 6 hb Julai 2009 atau hubungi kami melalui talian 03-2056 9863 atau 03-2056 9590 atau 03-2056 9598 hari ini untuk maklumat lanjut.
 

GuruNet Admin