“Ust, sy cdgkan spy ut tulis artikel ttg Badi’zman Said Annursi!” email seorang pembaca kepada saya.
“Sy harap ust dpt update blog ust dgn lbh krp lagi sbb hari2 sy buka n baca. Just 4 ur info!” tulis seorang pembaca di shoutbox blog saya.
Email dan komen di blog dengan bahasa (ejaan) sedemikian rupa semakin menjadi-jadi.
Malah ejaan cacat seperti itu juga diguna pakai di dalam video montaj program, pada kain rentang iklan, malah di televisyen juga! Saya terkasima melihat sebuah syarikat televisyen swasta menulis perkataan KEBANYAKAN sebagai KBNYKN di dalam ringkasan berita teksnya!
Sukar untuk saya nafikan, bahawa hati saya selalu mahu terus tertutup rapat apabila menerima email atau apa-apa pesanan seperti ini. Secara spontan saya akan skeptik untuk melayan apa sahaja permintaan yang datang dalam bahasa yang ditulis sedemikian rupa. Ia seperti mencerminkan yang penulis menulis sesedap rasa dan bukan menulis dengan minda sedar yang sedar (taqwa?)
Main hentam sahaja!
OBSES?
“Abang obses sangat sebenarnya” kata isteri saya.
“Tetapi ia terlalu asas. Masakan boleh dianggap obses kalau yang dituntut adalah perkara asas?” saya cuba menjustifikasikan kehendak diri.
“Rasanya sudah cukup cantik begitu,” komen isteri saya.
“Tak boleh. Table mesti justified!” saya membantah.
Menulis dan mengeja dengan betul dan cermat adalah sesuatu yang amat saya tekankan. Bahasa saya bukanlah bahasa tinggi, tetapi saya tidak suka berbahasa rendah, pada ejaan, ungkapan dan tulisan.
Huruf besar dan huruf kecil, ‘di’ yang didekat atau dijauhkan, adalah ‘tajwid’ asas Bahasa Melayu yang telah saya pelajari semenjak di sekolah rendah. Biar pun ada khilaf antara mazhab Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim dengan yang lain, saya yakin khilaf itu tidak ada yang pergi kepada mengharuskan tunggang langgang tatabahasa dan ejaan, biar apa alasan pelakunya sekali pun.
Sambung baca di www.saifulislam.com
Comments
Saya mengharamkan sebarang
Saya mengharamkan sebarang bentuk bahasa dan ejaan pasar untuk komunikasi di kalangan pelajar saya di UM. Ini termasuklah singkatan ejaan (short forms) dan bahasa SMS. Akibatnya, email kepada saya tidak akan dilayan dan segala pertanyaan tidak akan dijawab. Undang-undang kecil ini saya kuatkuasakan di kuliah yang pertama sewaktu semester bermula.
Saya memang bersetuju bahawa budaya ini sudah menjadi-jadi di kalangan masyarakat kita, terutamanya di kalangan pelajar. Sesetengah rakan saya menggunakan bahasa/cara seumpama ini apabila berkomunikasi, yang juga memberikan gambaran seolah-olah mereka tidak mahu ketinggalan dalam penggunaan stail baru untuk berkomunikasi.
Lebih memburukkan keadaan, ramai ahli akademik juga tanpa segan silu menggunakan cara ini sebagai "kaedah komunikasi baru". Mereka berlumba-lumba dan sama naik dengan pelajar dan kadangkala, pendidik mempamirkan keterlaluan yang terlampau yang tidak setaraf dengan status pendidik yang mereka pikul di bahu masing-masing.
Contoh guru yang terang-terangan mengaibkan Bahasa Melayu:
http://www.cikguazleen.com/2009/11/perumpamaan-baru-guru-ibarat.html
*dicadangkan supaya digugurkan gelaran "cikgu" supaya nama baik cikgu-cikgu lain terpelihara.
Siapakah yang bertanggungjawab sebenarnya?
...dimane saye nak cari
di mane saye nak cari tentang amalina?
Klik di sini
Klik di sini untuk amalina